fbpx

Dhabitah terlepas pingat, raih tempat keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DHABITAH menamatkan saingan acara 3m papan anjal individu di tempat keempat sekali gus terlepas peluang meraih gangsa. - AFP

PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri hampir-hampir berjaya untuk menaiki podium dalam acara tiga meter (m) papan anjal individu pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo sebentar tadi.

Terjunan terakhir daripada penerjun China, Shi Tingmao menyaksikan Dhabitah terlepas peluang untuk memenangi pingat gangsa apabila jatuh ke tempat keempat keseluruhan daripada 12 peserta.

Begitupun, Dhabitah, 22, seharusnya berbangga dengan prestasinya yang berjaya mengutip 326.15 mata untuk memberi tentangan sengit sepanjang lima pusingan.

Pingat emas dimenangi Tingmao yang berjaya mengutip 383.50 markah keseluruhan selepas melakukan terjunan ‘sempurna’ dalam setiap pusingan sekali gus mempertahankan gelaran dimenanginya sewaktu edisi Rio 2016.

Rakan senegaranya, Wang Han pula meraih pingat perak dan gangsa menjadi milik penerjun Amerika Syarikat, Krysta Palmer. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI