JEMPOL – Golongan warga emas di setiap negeri berpeluang untuk menerima kemudahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 secara terus tanpa janji temu atau walk-in.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pengumuman berkenaan akan dibuat dalam masa terdekat.
“PPV walk-in bergantung kepada bekalan vaksin, cuma di kebanyakan negeri kita akan umumkan walk-ini untuk warga emas… hampir semua negeri akan memberikan kemudahan ini dalam tempoh terdekat,” katanya sempena Lawatan Kerjanya ke PVV Bergerak Kampung Orang Asli Batu Peti di sini hari ini.
Khairy berkata, setakat ini, sebanyak 59 peratus daripada populasi penduduk dewasa berusia 18 tahun ke atas di negara ini telah divaksin di mana 29 peratus telah lengkap menerima dua dos vaksin.
Menurutnya, di Negeri Sembilan sebanyak 72 peratus individu dewasa telah menerima satu dos vaksin,manakala 35 peratus daripadanya telah menerima lengkap dua dos vaksin sejak pelaksanaan PICK.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929