fbpx

Maut terkena mata mesin pencanai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa keluar mayat seorang lelaki yang maut akibat terkena mata mesin pencanai di Taman Kristal, Sungai Petani hari ini.

Oleh OTHMAN YAHAYA

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki maut selepas terkena mata mesin pencanai di sebuah rumah di Taman Kristal di di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kanan leher.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pihaknya menerima maklumat tentang seorang lelaki yang ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik belakang sebuah rumah teres kira-kira pukul 12.13 tengah hari.

Kata beliau, kejadian disedari rakannya yang terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi mesin pencanai.

“Rakannya yang juga pemilik rumah itu kemudian mendapati bunyi mesin itu berhenti seperti terkena sesuatu sebelum bekalan elektrik terputus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Adzli, lelaki terbabit terus memeriksa seluruh rumahnya sebelum menemui mangsa dalam keadaan meniarap berlumuran darah sehingga memenuhi lantai bilik.

“Sebuah mesin pencanai turut ditemui berhampiran mangsa,” ujarnya.

Ujar beliau, rakan mangsa yang panik kemudian menghubungi isterinya untuk menceritakan kejadian sebelum menghubungi MERS 999.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan dari Hospital Sultan Abdul Halim di sini,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI