fbpx

Kes Covid-19 dijangka meningkat mendadak di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan berlaku peningkatan kes mendadak Covid-19 di Perak dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak dengan kerjasama kerajaan negeri dan agensi lain sedang giat melakukan persiapan bagi menghadapi situasi tersebut.

“Terdapat peningkatan kes Covid-19 di negeri Perak sejak kebelakangan ini terutama kes-kes kategori empat dan lima yang memerlukan rawatan kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Setakat semalam, terdapat 121 pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di ICU dengan kadar purata hari penggunaan katil ICU melebihi 100 peratus,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya semalam.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI