fbpx

Empat tahanan lari pusat kuarantin diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat tahanan yang melarikan diri dari pusat kuarantin di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) awal pagi tadi.

PENAMPANG – Polis daerah ini memburu empat tahanan positif Covid-19 selepas melarikan diri dari pusat kuarantin di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) awal pagi tadi.

Semua tahanan iaitu Salman Arip, 19, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, Mohd Rahman Basir, 24 dan Arippian Abdul, 27, dikesan melarikan diri dari pusat kuarantin terbabit kira-kira pukul 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, semua tahanan berkenaan dipindahkan dari lokap Balai Polis Penampang ke pusat Covid-19 di bangunan ILMAN secara berperingkat sejak 24 Julai lalu selepas disahkan positif Covid-19.

“Empat tahanan yang melarikan diri melibatkan tiga warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 19 hingga 27 tahun.

“Semua suspek yang ditahan disiasat atas kesalahan mencuri, mencederakan dan penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI