fbpx

Berjuta-juta rakyat Amerika berisiko jadi gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis menyerahkan surat pengusiran kepada penghuni sebuah apartmen di Phoenix, Arizona pada 7 Oktober 2020. – AFP

WASHINGTON – Berjuta-juta rakyat Amerika Syarikat (AS) berisiko menjadi gelandangan apabila larangan pengusiran di seluruh negara berakhir hari ini, sekali pun dana kerajaan berjumlah berbilion-bilion dolar untuk membantu mereka masih belum dimanfaatkan.

Gelombang pengusiran itu bakal berlaku ketika varian Delta yang pantas menular menjadi varian dominan, manakala perumahan secara menyewa terus mendapat permintaan tinggi di AS.

Presiden Joe Biden kelmarin mendesak Kongres supaya melanjutkan moratorium pengusiran berusia 11 bulan itu susulan keputusan Mahkamah Agung tidak memihak kepada White House yang mahu meneruskan langkah tersebut sehingga September ini.

Pemimpin-pemimpin Parti Demokrat di Kongres mendesak untuk melanjutkan moratorium itu, namun tidak jelas sama ada mereka mendapat sokongan ahli Kongres yang lain.

Usaha mereka tergendala selepas usul meluluskan lanjutan moratorium di Dewan Perwakilan gagal kelmarin dengan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi berkata dalam satu kenyataan bahawa tiada seorang pun wakil rakyat Parti Republikan akan menyokong langkah tersebut.

Beliau juga meminta para gabenor dan pegawai tempatan supaya mengambil semua langkah perlu untuk mengagihkan bantuan sewa kediaman yang diperuntukkan oleh Kongres.”

Tidak seperti bantuan pandemik lain yang diagihkan Washington sebelum ini, agihan pakej bantuan Covid-19 itu perlu dilakukan oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Jabatan Perbendaharaan menyatakan bahawa setakat Jun lepas, hanya AS$3 bilion (RM12.6 bilion) bantuan tersebut sampai kepada isi rumah daripada peruntukan AS$25 bilion (RM105.5 bilion) yang disalurkan kepada kerajaan-kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan pada Februari lalu iaitu kurang tiga

minggu selepas Biden berkuasa.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengarahkan pelaksanaan moratorium pengusiran itu pada September 2020 ketika AS selaku kuasa ekonomi terbesar dunia hilang lebih 20 juta pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Tinjauan terkini Biro Bancian setakat minggu pertama bulan lalu menunjukkan bahawa daripada 51 juta penyewa yang ditinjau, 7.4 juta orang gagal membayar sewa kediaman, manakala hampir separuh daripada mereka bimbang akan diusir dalam tempoh dua bulan akan datang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI