fbpx

Peminat bau nasi minyak MK, Nabila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERNAH menjalin hubungan dalam lagu Peluang Kedua, Nabila dan MK dilhat netizen secocok jika benar-benar bercinta.

BARU-BARU ini, penyanyi rap kegilaan ramai, MK menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 tahun.

Ramai yang memberi ucapan dan membuat kejutan kepadanya. Namun, terdapat satu hantaran yang memuat naik ucapan ulang tahun kelahiran kepada MK menarik perhatian umum.

Ucapan tersebut ialah daripada si manis Nabila Razali.

“Happy birthday (selamat hari jadi) MK (disertakan emoji hati berwarna merah),” tulis Nabila ringkas.

Biarpun ucapannya yang pendek, namun netizen merasakan terdapat sesuatu yang istimewa di sebaliknya kata-kata tersebut.

“Kenapa macam istimewa sangat hantaran ini,” soal seorang netizen.

Tidak kurang juga ada yang membuat andaian bahawa Nabila dan MK kini menjalinkan hubungan istimewa sehingga mendoakan mereka berkahwin.

“Bau-bau nasi minyak, manislah anda berdua,” komen netizen terhadap pasangan yang pernah berduet dalam Peluang Kedua itu.

Macam-macam andaian yang peminat katakan hanya kerana hantaran tersebut.

Jika benar ada sesuatu yang istimewa apa salahnya, mereka berdua juga sedang solo. Mungkin ucapan tersebut hanya sekadar daripada seorang wanita kepada sahabat seperjuangan dalam industri.

Jangan pandai-pandai buat gosip sendiri ya! Kita tunggu saja, Nabila pun dah bagi hint sedia bercinta kalau ada yang memahami.

DIVA: Suka dengan jalan cerita drama Lockdown arahan Erma Fatima. Sangat dekat dengan jiwa rakyat Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI