fbpx

KL City, Melaka United sama handal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pertahanan KL City berusaha untuk merantai gerakan lincah penyerang Melaka United, Sony Norde pada aksi di Stadium Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi. - Foto ihsan Melaka United

PETALING JAYA – Pasukan Kuala Lumpur City (KL City) terus menjadi ‘pakar’ seri Liga Super apabila meraih keputusan seri 1-1 ketika bertemu Melaka United sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Kuala Lumpur, Cheras itu, pasukan Melaka United yang dibimbing oleh Zainal Abidin Hassan tampil dengan momentum positif selepas berjaya mengejutkan Terengganu FC (TFC) pada saingan sebelum ini.

Skuad Hang Jebat dilihat bermula garang apabila mendominasi perlawanan dengan memberi kesukaran buat pasukan tuan rumah yang dikendalikan oleh Bojan Hodak itu khususnya pada babak pertama.

Namun, jentera kedua-dua pasukan agak tumpul apabila gagal menyudahkan peluang terhidang dengan keputusan terikat sehingga separuh masa pertama tamat.

Bersambung pada babak kedua, skuad KL City dilihat memperkemaskan jentera serangan dan berjaya meraih gol hasil ledakan Zhafri Yahya pada minit ke-53.

Tersentak dengan gol tersebut, Melaka berusaha untuk mencari gol penyamaan tetapi hanya berjaya memecahkan kebuntuan pada masa kecederaan menerusi jaringan pemain import, Jang Suk-won.

Keputusan tersebut pasti mengecewakan hasrat pasukan tuan rumah yang telah mencatat keputusan seri pada tiga perlawanan berturut-turut.

KL City ketika ini mengutip 20 mata manakala Melaka United ketinggalan dengan 16 mata selepas mengharungi 16 perlawanan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI