fbpx

NSFC belasah Perak FC II 5-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Negeri Sembilan, Alain Thierry Akono Akono (kanan) diasak pemain Perak FC ll, Muhamad Akmal Rizal Suhaimi (kiri) dalam perlawanan Liga Perdana di antara pasukan Negeri Sembilan FC menentang Perak FC ll di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dekat sini hari ini.

SEREMBAN – Negeri Sembilan FC (NSFC) menang bergaya dalam perlawanan Liga Premier menentang Perak FC II di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam tadi.

Keputusan 5-0 dalam perlawanan di laman sendiri dihasilkan menerusi sepakan percuma Ketua pasukan NSFC, Zaquan Adha Abd Razak dan berjaya dijaringkan oleh Nasrullah Haniff Johan pada minit ke-19.

Dua minit selepas itu, serangan balas Perak FC II, melalui tandukan Muhammad Nazirul Afif Ibrahim terkena palang gol dan gagal untuk meyamakan kedudukan.

Pada minit ke-29 Zaquan Adha dilayangkan kad kuning oleh pengadil.

Cubaan NSFC untuk menjarakkan kedudukan membuahkan hasil pada minit ke-32 apabila Javabilaarivin Nyanasegar berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan dalam kotak penalti.

NSFC berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-41 melalui tandukan Alain Thierry Akono Akono untuk kedudukan selesa.

Selang empat minit selepas itu penyerang NSFC, Kouassi Francis Kone berjaya menghasilkan gol keempat.

Tambahan masa dua minit untuk perlawanan separuh masa pertama. Pada minit ke-81 Zaquan Adha berjaya menjaringkan gol kelima untuk NSFC.

Kemenangan itu memberikan tiga mata pada pasukan NSFC sekali gus mendapat tangga teratas liga. Perlawanan tamat selepas tambahan masa dua minit. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI