SHAH ALAM – Program vaksinasi secara ‘walk-in’ akan dilaksanakan di 12 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Selangor berkuat kuasa pada Isnin ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari berkata, pelaksanaan program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu memudahkan proses vaksinasi selain temujanji menerusi aplikasi MySejahtera dan SELangkah.
“Program vaksinasi berkenaan akan berkuatkuasa pada 2 Ogos ini dan tertakluk kepada jadual pelaksanaan di DUN berkaitan.
“Setiap PPV itu akan diperuntukkan sebanyak 1,300 suntikan sehari dengan jangkaan dua hari bagi setiap DUN,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Pelaksanaan vaksinasi secara walk-in sehingga 2 September depan itu antaranya di PPV Dewan Banting Baru, Morib; Dewan Pandan Indah; Dewan Majlis Bandar Baru, Kuala Selangor; Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali dan Dewan Sekolah Cina, Ijok .
Turut melaksanakan kaedah tersebut adalah PPV Dewan Orang Ramai Hulu Bernam; Dewan Seri Siantan, Selayang; Dewan Sri Cempaka, Kajang dan Dewan Eng Ann, Klang.
Ia diikuti PPV Dewan Komuniti Putra Perdana, Dengkil; Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar dan Dewan MPAJ AU5, Ampang.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929