fbpx

Tiada wang beli susu anak, bapa ‘korban’ kasut untuk dibarter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pegawai polis Solo menyampaikan bantuan susu kepada anak Ari. – Suara.com/Budi Kusumo

JAKARTA – Seorang bapa yang tidak mempunyai wang untuk membeli susu anaknya terpaksa ‘mengorbankan’ kasut kesayangan miliknya untuk ditukar dengan susu formula, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi satu hantaran yang tular di Facebook, lelaki bernama Ari itu menawarkan sepasang kasut miliknya kepada mana-mana individu yang boleh memberikannya susu formula.

“Mohon maaf, saya bukan menjual tetapi mencari barang pertukaran. Sekiranya ada yang berminat dengan kasut kulit jenama Draxvil bersaiz 41, saya mohon untuk ditukar dengan susu formula Dancow 1+ pek 1 kilogram.

“Maaf, jangan tanya harga kerana saya tidak menjual. Jika ada yang berminat, mohon ditukar dengan susu Dancow sahaja,” tulisnya pada satu hantaran di Facebook.

Sebaik mendapat tahu mengenai hantaran tersebut, Ketua Polis Solo, Ade Safri Simannuntak bertindak membelikan susu formula itu  kepada Ari yang dihantarkan oleh anggotanya ke rumah lelaki berkenaan.

Ketika bantuan diserahkan, seorang kanak-kanak berumur empat tahun yang dipercayai anak Ari dilihat sedang berdiri sambil menangis.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan ini,” kata Ari. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN