fbpx

Rhys Williams positif Covid-19, denggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rhys sedang mendapatkan rawatan di hospital selepas positif Covid-19 dan denggi.

PETALING JAYA – Selebriti media sosial warganegara Britain yang tinggal di Malaysia, Rhys Williams mengesahkan dirinya positif Covid-19 serta denggi.

Rhys yang merupakan vlogger makanan itu melalui Facebooknya memberitahu, dia serta keluarganya disahkan positif Covid-19 sejak minggu lepas lagi tetapi anak serta isterinya hanya mengalami simptom biasa dan menjalani kuarantin di rumah.

“Disebabkan simptom saya lebih teruk, sekali dengan pneumonia dalam paru-paru (Covid-19 kategori 3), atas nasihat doktor saya masuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Saya juga dapat tahu saya positif denggi. Kepada semua rakan-rakan dan pengikut saya, saya ingin mohon maaf jika ada kekurangan atau kesilapan sepanjang kita kenal,” katanya.

Rhys berkata, dia juga mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokongnya.

“Covid-19 itu benar, tolong doakan saya dan keluarga. Kekal selamat semua,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI