fbpx

Hospital Medan di HTAR dijangka beroperasi Rabu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proses menyiapkan hospital medan di HTAR sebelum dijangka beroperasi Rabu depan.

KLANG – Sebuah hospital medan yang giat dibina di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini dijangka mula beroperasi pada Rabu depan bagi menempatkan pesakit Covid-19.

HTAR berkata, pembinaan hospital berkenaan kini 35 peratus siap dan dijangka mencapai 40 peratus pada tengah malam nanti.

Menurutnya, pembinaan hospital medan itu telah selesai lima peratus lebih awal daripada jadual.

“Untuk makluman, Hospital Medan kini sedang dibangunkan di HTAR dan ketika ini telah siap sebanyak 35 peratus dan dijangka siap 40 peratus menjelang tengah malam ini.

“Projek ini telah selesai lima peratus lebih awal daripada jadual dan akan diserahkan untuk penggunaan pada 4 Ogos depan,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI