fbpx

SIRIM bangunkan vaksin Covid-19 pertama negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Sabirin (kanan) memerhatikan seorang petugas kesihatan memberi vaksin kepada seorang staf SIRIM di ibu pejabat SIRIM di Shah Alam, Selangor hari ini

SHAH ALAM – Pembangunan vaksin Covid-19 pertama buatan Malaysia sedang giat dilakukan Kumpulan SIRIM (SIRIM) bersama universiti dan agensi kerajaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM, Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad berkata, pada peringkat ini teknologi vaksin yang akan digunakan sedang dibincangkan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) .

Katanya, bagaimanapun tempoh vaksin tersebut dijangka siap belum dapat dipastikan kerana masih dalam peringkat awal.

“Perbincangan sedang dilaksanakan termasuk teknologi yang mana hendak digunakan memandangkan terdapat pelbagai cara dalam penghasilannya.

“Namun semuanya masih di peringkat awal dan kita tidak dapat menentukan tempoh vaksin itu akan disiapkan,” katanya selepas menghadiri Program Vaksinasi Pandu Lalu SIRIM di ibu pejabat SIRIM di sini, hari ini.

Program itu melibatkan kira-kira 120 warga kerja SIRIM bersama pasangan mereka. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI