fbpx

Kes meningkat mungkin sebab kluster korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani Mohamad (kiri) menyampaikan kotak bantuan makanan kepada nelayan darat pada program Penyerahan Bantuan Makanan Nelayan Darat Daerah Lenggong di Pusat Pekasam Negara, Lenggong hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI.

LENGGONG – Kemungkinan peningkatan kes positif Covid-19 di Perak sejak beberapa hari ini disebabkan oleh kluster Hari Raya Aidiladha tidak disangkal.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, kehadiran individu untuk ibadah korban juga mungkin menyebabkan penularan wabak Covid-19.

“Tidak mustahil ada kluster korban (Hari Raya Aidiladha) sebab orang balik ke kampung dan melakukan ibadah korban.

“Barangkali pertemuan-pertemuan itu menyebabkan jangkitan, dalam tempoh 14 hari (jangkitan) boleh berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Penyerahan Bantuan Makanan Nelayan Darat Daerah Lenggong anjuran Jabatan Perikanan Perak di Pusat Pekasam Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas jumlah kes baharu positif Covid-19 di Perak yang menunjukkan peningkatan di mana sebanyak 810 kes baharu direkodkan semalam berbanding 596 kes kelmarin.

Dalam perkembangan sama, Saarani berkata, peningkatan kes positif Covid-19 di negeri ini juga disebabkan faktor ujian calitan yang diadakan secara besar-besaran di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Bagaimanapun katanya, pihaknya sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang keadaan kritikal berikutan penularan wabak berkenaan. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI