fbpx

Mahasiswa harus kenang jasa Pahlawan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Dr. Md. Amin Md Taff

PETALING JAYA – Mahasiswa diharapkan tidak melupakan segala jasa dan budi pahlawan negara yang berkorban demi keamanan sehingga membolehkan mereka dapat belajar dalam suasana aman dan selesa.

Naib Canselor merangkap Komander Kor-Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr. Md. Amin Md Taff berkata, mahasiswa perlu menjadi generasi yang mengenang jasa pahlawan sama ada yang sedang bertugas mahupun yang terkorban sejak zaman memperjuangkan kemerdekaan.

Katanya, sempena sambutan Hari Pahlawan, mahasiswa perlu memiliki sikap menghargai jasa dan mengenang segala pengorbanan pejuang negara kerana tanpa mereka, kita tidak akan dapat mengecapi nikmat seperti hari ini.

“Nilai keamanan yang diperjuangkan pahlawan negara menuntut kita sama-sama bertanggungjawab memacu kemajuan negara tanpa memikirkan perbezaan bangsa dan keturunan.

“Kita bersyukur, negara masih berada dalam keadaan baik dan aman walaupun dilanda krisis pandemik Covid-19 yang tidak menentu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, mahasiswa juga perlu mengamalkan semangat perjuangan pahlawan kerana bukan suatu yang mudah bergelut menghabiskan pengajian yang penuh cabaran dan ujian.

“Penerapan semangat perjuangan dalam mengharungi dunia pengajian tinggi akan menguatkan ketahanan mental dan jiwa dalam mencipta kehebatan diri dan peribadi yang unggul selain prestasi akademik.

“Mahasiswa mengambil iktibar daripada pengorbanan yang dilakukan pahlawan negara sehingga sanggup bersabung nyawa dan meninggalkan keluarga tersayang,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI