fbpx

Sungai Kim Kim tercemar lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan air Sungai Kim Kim bertukar warna hitam susulan pelepasan air sisa dari premis bukan industri dalam kejadian Rabu lalu.

JOHOR BAHRU – Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang terkenal dengan insiden pencemaran sebelum ini sekali lagi menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk berhampiran apabila mendapati air berwarna hitam serta bau busuk dalam kejadian Rabu lalu.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan berkata, pasukan dari Unit Penguatkuasa Industri JAS telah bergegas ke lokasi kejadian di Sungai Kim Kim untuk menjalankan siasatan susulan aduan awam berkenaan pencemaran sungai pada pukul 10 malam.

Katanya, siasatan di lokasi kejadian mendapati air sungai bewarna hitam dan terdapat bau busuk dikesan sepertimana aduan yang diterima.

Tambahnya, pasukan telah mendapatkan butiran maklumat kejadian dari penduduk sekitar untuk memperkemaskan siasatan.

Penguatkuasa JAS Johor melakukan pemeriksaan dan siasatan ke atas dakwaan Sungai Kim Kim yang tercemar, Rabu lalu.

“Keesokkan harinya, pasukan JAS dari cawangan Pasir Gudang telah menyusuri sekitar kawasan Sungai Kim Kim dan pemantauan melalui dron dijalankan bagi mengenal pasti punca yang boleh disyaki menyebabkan pencemaran tersebut.

“Pengukuran kualiti air sungai juga telah dijalankan oleh Unit Pengawasan JAS Johor di beberapa lokasi di sepanjang sungai tersebut.

“Siasatan awal mendapati pencemaran disyaki berpunca daripada pelepasan air sisa dari premis bukan industri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu berkata, berdasarkan siasatan lanjut, didapati premis tersebut sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sehingga menyebabkan air sisa tanpa dirawat mengalir memasuki sungai berhampiran. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI