fbpx

Penganjur edar buah durian percuma langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan durian percuma yang diedarkan sebuah syarikat di Parit Buntar semalam sehingga tular di media sosial.

PARIT BUNTAR – Polis akan memanggil wakil sebuah syarikat yang menganjurkan pemberian buah durian secara percuma di bawah jejambat Jalan Temenggong berhampiran Hotel Damai di sini hingga menjadi tular semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, pihaknya mendapat maklumat awam berhubung penganjuran itu yang menyebabkan pelanggaran prosedur Operasi Standard (SOP).

“Siasatan awal mendapati, penganjuran program itu menyebabkan orang ramai yang hadir ke lokasi berdiri dan beratur dalam keadaan tidak terkawal tanpa penjarakkan fizikal.

“Anggota polis yang tiba ke lokasi telah mengarahkan penganjur untuk menghentikan pemberian durian percuma itu serta merta,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mazuki, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkaan apa -apa penyakit berbahaya kepada nyawa.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua -duanya sekali.

“Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi SOP fasa Pemulihan Negara (PPN) yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini,” katanya.

Semalam, tular beberapa keping foto dan video di media sosial kehadiran orang ramai yang berpusu -pusu untuk mendapatkan buah durian secara percuma. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI