fbpx

900 Orang Asli di Pos Brooke jalani ujian saringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak Orang Asli menjalani ujian saringan Covid-19 di Kampung Cekau, Pos Brooke di Gua Musang hari ini. - Foto : AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seramai 900 penduduk Orang Asli di enam kampung di Pos Brooke di sini yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menjalani ujian saringan Covid-19 bermula semalam.

Pegawai Kesihatan Daerah Gua Musang, Dr. Muhd. Rafiq Mohd. Kasri berkata, ujian saringan selama dua hari itu dilakukan terhadap kontak rapat selepas terdapat 19 kes positif Covid-19 dalam kalangan penduduk di situ sebelum ini.

Katanya, penularan jangkitan Covid-19 di kawasan kampung itu dipercayai tercetus apabila terdapat kes indeks melibatkan penduduk di kawasan berkenaan pada 15 Julai lalu.

“Seorang penduduk Orang Asli yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuala Terla, Cameron Highlands, Pahang telah dijangkiti wabak Covid-19.

“Hampir 100 orang kontak rapat kepada lelaki itu telah dipakaikan gelang pink dan mereka menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau operasi pusat ujian saringan di Kampung Cekau, Pos Brooke di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI