fbpx

Tasha Manshahar seru ibu hamil jangan takut ambil vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TASHA MANSHAHAR

PETALING JAYA – Kehamilan anak kedua pada awalnya hampir sahaja menyebabkan penyanyi Tasha Manshahar mendedahkan suntikan vaksin Covid-19 kerana tidak yakin dan bimbang kesan sampingannya terhadap kesihatan diri dan kandungannya.

Bagaimanapun, Tasha akhirnya berubah fikiran selepas meminta nasihat daripada doktor bertauliah sebelum akhirnya bersetuju untuk mengambil vaksin.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelantun lagu Bukan Aku itu menjadi lebih takut memikirkan kesan yang lebih buruk jika dia dijangkiti Covid-19 tanpa mengambil suntikan vaksin.

“Hampir nak tangguh vaksin sebenarnya sebab takut kesan pada bayi dan kesihatan tapi mengenangkan kesannya kalau kena covid tanpa vaksin lagi teruk, jadi saya ambil keputusan untuk ambil vaksin,” tulisnya dalam Instagram.

Dalam hantaran itu juga, Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 29, turut berkongsi keadaannya selepas dua hari mengambil suntikan vaksin jenis Pfitzer di salah sebuah klinik di Melaka.

“Alhamdulillah sudah dua hari selepas vaksin. Tidak demam, tiada kesan sampingan teruk, sakit tangan pun dah hilang. Bayi dalam perut pun bergerak macam biasa,” kongsinya.

Pada masa sama, Tasha turut menyeru agar ibu-ibu hamil untuk segera mendapatkan vaksin sebagai perlindungan tambahan sebelum terlambat.

“Jadi, jangan takut ambil vaksin. Vaksin adalah perlindungan. Kita ikhtiar,” ujar Tasha yang juga bergelar seorang guru.

Sekadar info, Tasha mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Raqib pada 8 September 2018 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muamar Rafiqi yang kini berusia tiga tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI