fbpx

1.26 tan isi ikan dari Indonesia ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis Johor merampas isi ikan sejuk beku yang dibawa oleh sebuah lori di KSAB, Johor Bahru, Johor di sini semalam. - Foto IHSAN MAQIS JOHOR

JOHOR BAHRU – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah menahan 63 kotak mengandungi isi ikan sejuk beku seberat 1.26 tan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), di sini semalam.

Maqis Negeri Johor dalam satu kenyataan berkata, produk sejuk beku itu ditahan kerana telah mengemukakan maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan kepada Pegawai Pemeriksa Maqis semasa pemeriksaan dijalankan.

Katanya, kesemua 63 kotak isi ikan sejuk beku yang ditahan itu dianggarkan bernilai RM31,500.

Tambahnya, perkara itu dikesan ketika pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah lori di laluan kenderaan import KSAB kira-kira pukul 12.30 tengahari.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati isi ikan tersebut dipercayai dari Indonesia yang dibawa masuk ke Malaysia melalui Singapura.

“Kesemua isi ikan yang bernilai RM31,500 tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut kerana telah mengemukakan maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan kepada Pegawai Pemeriksa Maqis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak Maqis turut menahan seorang pemandu lori berusia 34 tahun yang membawa muatan tersebut dan melepaskannya selepas keterangan diambil. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI