PETALING JAYA – Reaksi seorang bapa yang mengalirkan air mata apabila mengetahui dia mendapat jemputan untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid berhampiran rumahnya di Selangor undang sebak netizen.
Menerusi video yang dikongsi di akaun TikTok @farhahjamaluddin, dia memaklumkan bapanya itu sudah lebih setahun tidak berpeluang menunaikan solat Jumaat di masjid.
“Selalu bersiap dapat solat di rumah sahaja. Kali terakhir pergi masjid semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas, lama kan?.
“Harap lepas ini ayah dapat giliran lagi ke masjid. Semoga ayah terus sihat kuat beribadah,” katanya.
Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata netizen turut sebak melihat bapa wanita tersebut mengalirkan air mata sebaik sahaja diberikan kad jemputan dari pihak masjid.
Tidak kurang juga ramai yang mengharapkan keadaan Covid-19 di negara ini segera pulih supaya orang ramai boleh beribadah seperti biasa.
“Pak Cik buat saya menangis, Ya Allah terimalah segala amal kebaikan Pak Cik ini di dunia dan berkatilah hidup mereka sekeluarga,” kata Dadi.
“Sama macam ayah saya, hari itu dia tak mahu vaksin sebab takut, lepas cakap kalau tak vaksin tak boleh pergi masjid terus dia daftar vaksin semata-mata nak ke masjid,” kata Maryan Qin.
“Tiba-tiba teringat Hari Raya tahun lepas, kena solat di rumah. Ayah baca khutbah sambil menangis,” kata Siti. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929