fbpx

Menabung sejak remaja demi impian miliki stesen TV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Janna Nick

PETALING JAYA – Sejak menceburi bidang hiburan sedekad yang lalu, selebriti terkenal Janna Nick sudah merancang mengenai masa depannya agar kekal relevan dalam industri tersebut.

Janna atau nama sebenar­nya, Nurul Jannah Muner, 26, berkata, dia mula menyusun strategi sejak awal lagi terma­suk untuk memiliki stesen te­levisyen sendiri suatu hari nanti.

“Sejak berusia 16 tahun, saya sudah fikir mengenai masa depan dalam industri hiburan.

“Saya bermula (karier) sebagai pelakon dan kemudiannya menjadi individu di belakang tabir sebagai pengarah atau penerbit.

“Akhir sekali saya terfikir untuk memiliki stesen televisyen sendiri suatu hari nanti,” katanya.

Janna berkata demikian ketika ditemu bual pelakon, Fizo Omar menerusi program Ho­nest Stories of Success di laman YouTube semalam.

Mengulas lanjut, Janna memberitahu, bagi memastikan impiannya menjadi realiti, dia sudah menabung sejak awal pembabitannya dalam dunia hiburan.

“Saya sudah mula menyimpan wang sejak berusia 16 tahun. Sebab itu saya melakukan pelbagai kerja seperti berlakon, menyanyi, mengacara dan berniaga,” jelas Janna.

Bekas pengacara Melodi itu berkata, dia mengakui untuk memiliki semua itu bukanlah mudah kerana terpaksa me­ngorbankan masa dan usia remajanya dengan be­kerja keras tanpa me­ngira waktu.

“Saya terpaksa mengorbankan masa remaja sehingga usia saya sekarang (26 tahun).

“Sampai satu tahap, saya jadi terlalu penat, ketika tidur pun masih lagi memikirkan me­ngenai kerja sehinggalah saya di­sahkan menghidap Bipolar ­Disorder oleh doktor,” katanya.

Selain itu, pelakon drama Marry Me Senorita itu memberitahu, dia terpaksa bekerja keras kerana mahu kekal menjalani gaya hidup seperti yang dinikmatinya hari ini kerana sudah terbiasa mempunyai pendapatan sendiri sejak di bangku sekolah lagi.

“Saya kena fikir cara untuk kekalkan gaya hidup saya sebabnya sejak di bangku sekolah lagi saya sudah pegang duit sendiri,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI