fbpx

Perkovic buru emas hatrik di Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKOVIC meraih dua pingat emas ketika di London dan Rio sebelum ini dan kini memburu kemenangan ketiga di Tokyo. – AFP

TOKYO – Bintang lempar cakera Croatia, Sandra Perkovic tekad untuk menampilkan aksi terbaik bagi memenangi pingat emas ketiga berturut-turut pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pemenang pingat emas Olimpik London 2012 dan Rio 2016 itu akan dianggap antara olimpian terbaik dalam sejarah sekiranya mampu mengekalkan kejuaraan itu pada edisi kali ini.

Sukan Olimpik Tokyo merupakan kejohanan keempat yang disertainya tahun ini selepas hanya beraksi dalam satu kejohanan sahaja pada saingan musim lalu gara-gara Covid-19.

Selepas gagal menampilkan aksi memberangsangkan pada Sukan FBK Hengelo dan Kejohanan Olahraga Montreuil bulan lalu, Perkovic berharap nasibnya akan berubah di Tokyo nanti.

“Ini adalah kejohanan keempat berturut-turut untuk saya selepas Liga Berlian, Montreuil dan Hengelo. Bagaimanapun, saya belum temui rentak sebenar ketika beraksi di Montreuil dan Hengelo.

“Tiga kejohanan sebelum ini menjadi persiapan terbaik untuk saya. Oleh itu, saya mahu buktikan kemampuan sebenar pada Sukan Olimpik kali ini,” kata atlet berusia 31 tahun itu.

Selain itu, Perkovic juga berharap dia mampu untuk terus beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 serta Los Angeles 2028 bagi melengkapkan lima temasya Olimpik sepanjang kariernya dalam bidang olahraga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI