fbpx

Aaron-Wooi Yik tersungkur di separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kiri) dan Wooi Yik gagal menandingi kehebatan beregu China sekali gus tewas pada pentas separuh akhir sebentar tadi. - AFP

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan cabaran memburu pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila tewas kepada China pada aksi separuh akhir sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Musashino Forest Sports Plaza itu, beregu negara tumbang kepada Li Junhui-Liu Yuchen menerusi aksi straight set 22-24, 13-21.

Kekalahan Aaron-Wooi Yik itu juga menyaksikan mereka sekali lagi akan membuat perhitungan dengan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan pada aksi penentuan pingat gangsa.

Sementara itu, Junhui-Yuchen melangkah ke perlawanan akhir bagi menentang gandingan No.3 dunia dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin yang sudah melayakkan diri lebih awal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI