fbpx

Agong, Permaisuri ucap terima kasih pada Raja Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Husseinn (kiri) menerima sumbangan peralatan perubatan yang disampaikan Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan (kanan) hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan penghargaan kepada Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, hari ini.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda berdua juga menzahirkan penghargaan kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Al Saud dan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud atas sumbangan yang tiba di Malaysia menerusi dua pesawat Saudia Airlines semalam dan hari ini.

“Setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan sejuta dos vaksin AstraZeneca dan 4.5 juta unit peralatan perubatan bernilai AS$5 juta (RM21 juta) bagi membantu Malaysia menangani cabaran pandemik Covid-19.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai kemurahan hati Yang Mulia Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang telah menitahkan Pusat Kemanusiaan Raja Salman supaya segera menyalurkan sumbangan vaksin dan peralatan perubatan kepada Malaysia,” ujar kenyataan tersebut hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, turut menyampaikan ucapan terima kasih Seri Paduka Baginda kepada Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr. Mahmoud Hussien Saeed Qattan dan Kerajaan Arab Saudi atas sumbangan berkenaan.

Katanya, sumbangan itu jelas membuktikan persahabatan dan hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama antara kerajaan dan rakyat kedua-dua negara.

“Semoga sumbangan bekalan vaksin dan peralatan perubatan ini membantu negara memerangi pandemik Covid-19 dan memperhebatkan lagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Seri Paduka Baginda berdua turut mengambil kesempatan ini menyeru rakyat untuk bersama mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi daripada sebarang musibah dan pandemik Covid-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI