BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan turun ke pentas separuh akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 menentang wakil China, Li Junhui-Liu Yuchen di Musashino Forest Sports Plaza pada pukul 6 petang ini.
Aaron-Wooi Yik berada pada prestasi terbaik ketika ini selepas menyingkirkan beregu No.1 dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo di pusingan suku akhir.
Bagaimanapun, beregu yang berada pada ranking kesembilan dunia itu perlu berwaspada dengan ancaman yang boleh diberikan Junhui-Yuchen apabila turun ke gelanggang nanti.
Sebagai rekod, pasangan China itu memiliki kelebihan ke atas Aaron-Wooi Yik memandangkan mereka tidak pernah tewas dalam lima pertemuan sebelum ini.