PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 dalam negara naik mendadak hari ini dengan merekodkan 20 kes menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan sebanyak 9,149 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 20 kes baharu itu, 13 kes membabitkan penularan tempatan manakala tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
“Kes baharu Covid-19 hari ini meningkat kepada 20 kes termasuk 11 kes daripada Kluster Tawar di Baling, Kedah.
“Satu lagi kluster baharu dikesan, Kluster Muda, juga di Kedah,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini. -K! ONLINE