fbpx

Gesa larangan jual Ivermectin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Dua buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kesihatan negara menggesa kerajaan mengeluarkan larangan penjualan produk Ivermectin di pasaran tempatan.

Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dalam kenyataan bersama berkata, larangan itu perlu dibuat segera kerana tiada bukti saintifik produk tersebut mampu menghalang jangkitan Covid-19 terhadap seseorang individu.

“Malah, keberkesanan Ivermectin sebagai produk mencegah jangkitan Covid-19 belum lagi mendapatkan pengiktirafan dalam dunia perubatan antarabangsa.

“Jadi, kami bimbang sekiranya orang awam masih percaya bahawa produk ini adalah ubat bagi mengelak dijangkiti virus berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, kedua-dua persatuan itu berkata, tindakan beberapa ahli politik serta sebuah NGO yang meminta kerajaan mengiktiraf Ivermectin akan mengelirukan orang ramai memandangkan majoriti pakar perubatan tempatan tidak mengiktiraf penggunaan produk terbabit.

“Kami harap orang ramai tidak menggunakan Ivermectin, sebaliknya mengambil vaksin yang digunakan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ketika ini yang terbukti keberkesanannya dalam menurunkan kes Covid-19 tahap bahaya,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI