fbpx

Penoreh mati tergantung di kebun getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penoreh ditemui mati di kebun getah di Kuala Ketil, semalam.

BALING – Seorang penoreh getah ditemui mati tergantung di sebuah kebun getah di Kampung Air Merah, Malau, Kuala Ketil dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada pukul 12.40 tengah hari.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 34 tahun yang masih belum berkahwin sentiasa berada dalam keadaan kemurungan dan bersendirian di kebun getah tersebut.

“Mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah dikatakan kecewa dengan teman wanitanya yang memutuskan hubungan percintaan mereka.

“Berikutan kekecewaannya itu, mangsa sentiasa mengasingkan diri dan disyaki punca mangsa membuat keputusan untuk bertindak sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI