fbpx

Kemelut kewangan cetus peningkatan perdagangan haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kehilangan pekerjaan, kurangnya peluang pekerjaan dan gaji pekerja dipotong telah mengakibatkan masyarakat berdepan dengan masalah kesulitan kewangan sekali gus mencetuskan kepada perlakuan perdagangan haram secara besar-besaran.

Pengarah Urusan Kumpulan advokasi pengguna global, Consumer Choice Center (CCC), Fred Roeder berkata, pengguna yang terjejas oleh kekangan kredit biasanya akan mencari kaedah alternatif untuk berjimat dalam perbelanjaan mereka.

Menurutnya, ia juga secara semula jadi telah membuka kepada peluang melibatkan diri dalam aktiviti niaga berkaitan barangan seludup yang lebih murah kerana tidak dicukai dan tidak mengikut peraturan.

“Kami sudah menyaksikan peningkatan di dalam perdagangan rokok seludup daripada siri rampasan berprofil tinggi oleh Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan.

Roeder menjelaskan, pasaran akan berdepan dengan nilai kerugian yang tinggi jika perdagangan haram tidak dibendung.

Tambah beliau, berdasarkan kertas dasar CCC bertajuk ‘Perdagangan Haram adalah Berbahaya Kepada Pengguna’,­ orga­nisasi ini menegaskan bahawa, pasaran rokok seludup membinasakan kesihatan orang awam dan terbukti mem­biayai jenayah terancang.

Selain itu, perdagangan haram juga menyasarkan kumpulan yang paling lemah di dalam masyarakat, manakala pengguna turut menerima kesannya ekoran rokok seludup dihasilkan di dalam persekitaran tidak selamat dan menggunakan produk tidak terjamin keselamatannya.

Peniaga kecil juga menerima­ impak yang besar akibat pasaran rokok seludup kerana mereka bukan sahaja kehila­ngan jualan rokok sah tetapi juga barangan lain yang biasa dibeli oleh perokok dewasa di dalam kedai mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI