fbpx

Aaron-Wooi Yik tampil luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON-WOOI YIK berjaya melangkah ke separuh akhir Indonesia Masters dengan menewaskan Yang-Chi Lin di Bali, Indonesia sebentar tadi.

BEREGU lelaki sensasi negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terus mengorak langkah pada Olimpik Tokyo 2020 apabila memastikan tempat ke separuh akhir dengan menyingkirkan pilihan utama dari Indonesia semalam.

Pada aksi suku ­akhir di Musashino Forest Sports Plaza semalam, Aaron-Wooi Yik tidak berdepan masalah apabila mudah menewaskan jaguh No.1 dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo menerusi keputusan straight set 21-14, 21-17.

Wooi Yik tanpa berselindung mengakui sangat gembira atas kemenangan itu, apatah lagi ia penampilan sulung di Olimpik.

Jelasnya, sokongan padu rak­yat Malaysia menjadi pembangkit semangat mereka untuk berjuang habis-habisan.

“Memang strategi kami untuk fokus terhadap tiga pukulan awal dan saya gembira ia menjadi. Saya mahu berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana api perjuangan itu hadir daripada sokongan anda semua,” katanya selepas tamat permainan.

Lebih manis, keputusan itu turut menyaksikan Aaron-Wooi Yik melakar kemenangan pertama ke atas Marcus-Kevin selepas tewas dalam kesemua tujuh perlawanan sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI