fbpx

Pengarah kanan MBSA direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MBSA dibawa pegawai SPRM untuk mendapatkan tahanan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Seorang pengarah kanan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan reman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah kerana melindungi premis perniagaan haram di sekitar Sungai Buloh.

Perintah tahanan reman sehingga 19 Ogos itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, petang tadi selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, suspek berusia 59 tahun itu tiba di pekarangan Kompleks Istana Kehakiman kira-kira pukul 3.07 petang diiringi pegawai SPRM dengan berpakaian lokap warna oren serta tangan bergari.

Menurut sumber, suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 10.15 pagi tadi selepas hadir memberi keterangan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Terdahulu, majistret sama turut mengeluarkan perintah tahanan reman selama enam hari kepada tiga penguatkuasa MBSA berusia 40 hingga 43 tahun bagi membantu siasatan kes sama.

Pada Rabu dan Khamis lalu, enam individu termasuk lima penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga rokok seludup warga Aceh ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes sama.

Setakat hari ini, 10 individu ditahan SPRM bagi membantu kes berkenaan iaitu sembilan pegawai penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga rokok seludup warga Aceh. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI