LONDON – Arsenal sedang berusaha keras untuk memastikan pemain pinjaman mereka, Martin Odegaard terus kekal di Emirates.
Impian mereka itu mungkin akan menjadi kenyataan dan lebih menggembirakan, The Gunner juga berpeluang untuk mendapatkan khidmat pemain muda Norway itu secara kekal.
Odegaard kembali ke Madrid selepas menghabiskan separuh musim di London dengan aksi yang cukup memberangsangkan tetapi peluangnya bersama Real yang dikemudi oleh Carlo Ancelotti ketika ini agak tipis.
Laporan akhbar di Sepanyol mendedahkan bahawa pemain berusia 22 tahun itu tidak begitu gembira dan gagal untuk menembusi kesebelasan utama pasukan itu.
Odegaard dilihat kekok untuk menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan lain pada aksi pramusim dan tidak begitu gembira selain bersedia untuk mempertimbangkan peluang kembali ke London bersama Arsenal.
Di Emirates, Odegaard berjaya meledak dua gol dan menyumbangkan dua umpanan gol dalam 20 perlawanan bersama The Gunners musim lalu.
Selain Odegaard, Arsenal juga dilaporkan berminat untuk cuba mendapatkan pemain tengah Leicester, James Maddison tetapi mereka mungkin perlu dibayar sekitar £50 juta (RM294.25 juta) untuk merealisasikan impian itu. – AGENSI