fbpx

JDT belum terbayang gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUMAREH (kiri) turut berjaya meledak satu gol ketika membantu JDT menewaskan Selangor 3-1 di Stadium MBPJ kelmarin. – SHIDDIEQIIN ZON

KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menganggap perjalanan masih panjang sebelum mereka merang­kul gelaran kelapan Liga Super berturut-turut selepas mendahului carta liga dengan kelebihan enam mata ketika ini.

Kemenangan 3-1 ke atas Sela­ngor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya kelmarin memberikan kelebihan kepada Harimau Selatan tatkala pencabar terdekat di tangga kedua, Terengganu FC tewas mengejut 0-2 kepada Melaka United.

“Kalau ikutkan daripada perlawanan pertama lagi kami mahu menjadi juara (Liga Super) tetapi perjalanan kami masih panjang. Kami perlu menghormati pasukan-pasukan lain.

“Anda tidak tahu siapa yang akan memberi kejutan walaupun pasukan di tangga tercorot sekalipun. Mereka akan memberikan tentangan 150 peratus setiap kali menentang kami.

“Jadi, kami perlu berhati-hati dan ambil pendekatan satu demi satu perlawanan. Tiga mata hari ini amat bermakna supaya dapat meningkatkan keyakinan pemain,” kata Mora dalam sidang akhbar selepas tamat perlawanan itu.

Pengendali dari Mexico itu turut memuji prestasi Bergson da Silva yang dilihat sudah kembali menemui sentuhan penyudah tajamnya dengan satu gol ke atas Selangor.

Dua lagi gol JDT diperoleh menerusi Matt Davies dan Mohamadou Sumareh, manakala Ifedayo Olusegun menghadiahkan jari­ngan sagu hati buat Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI