fbpx

Kaunter Rekalibrasi Pulang PATI di Stulang Laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kaunter Khas bagi pelaksanaan program Rekalibrasi Pulang akan dibuka di Stulang Laut bermula 1 Ogos ini.

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor bakal membuka Kaunter Khas Program Rekalibrasi Pulang di Pejabat Imigresen Cawangan Stulang Laut bermula 1 Ogos ini.

Pengarahnya JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata, pendaftaran pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi mengikuti program itu boleh dibuat seawal 31 Julai ini.

Menurutnya, pembukaan kaunter khas itu merupakan penambahbaikan berterusan JIM bagi Program Rekalibrasi Pulang selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula 5 Julai lalu.

“Pembukaan kaunter khas di pintu masuk laut ini merupakan kemudahan bagi PATI yang ingin pulang ke negara asal menggunakan feri.

“PATI yang telah melengkapkan syarat ditetapkan boleh terus hadir ke kaunter untuk pulang ke negara masing-masing.

“Walaubagaimanapun, semua syarat program yang telah ditetapkan sebelum ini masih terpakai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baharuddin berkata, semua syarat program yang ditetapkan sebelum ini masih terpakai antaranya PATI perlu memiliki dokumen perjalanan sah dan memiliki tiket pulang ke negara asal. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI