SEBERANG PERAI – Sebanyak 13 premis di sekitar negeri ini yang terlibat dalam aktiviti perjudian dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner, Rahimi Ra’ais berkata, tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh kakitangan TNB dilakukan mengikut Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
“Bagi tempoh dari Januari sehingga kini, bekalan elektrik 53 premis telah dipotong.
“Dari 1 Januari sehingga semalam (28 Julai) pula, sebanyak 644 serbuan melibatkan 699 tangkapan bagi kesalahan berkaitan aktiviti perjudian loteri awam haram telah dibuat.
“Nilai keseluruhan rampasan adalah berjumlah RM120,707,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929