fbpx

Bos ‘intip’ pekerja bekerja dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kajian mendapati satu daripada lima buah syarikat sedang berkira-kira atau sudah pun menggunakan perisian pemantauan pekerja untuk melihat kadar produktiviti staf dari jauh - iStockphoto

LONDON – Satu kajian yang dijalankan oleh syarikat perkhidmatan penyediaan resume di London, StandOut CV yang telah memeriksa alat pemantauan pekerja mendapati majikan boleh menggunakan alat tersebut untuk mengintip pekerja yang  bekerja dari rumah, lapor laman Mirror UK semalam.

Dengan kebanyakan syarikat beralih kepada kaedah bekerja dari rumah, majikan mahu memantau pekerja bagi memastikan mereka menyiapkan tugasan dan tidak hanya berehat di atas sofa.

Hasil kajian terbaharu syarikat penyelidikan pemasaran YouGov pula mendapati bahawa satu dalam setiap lima syarikat sama ada merancang atau sudah pun menggunakan perisian pemantauan pekerja untuk melihat kadar produktiviti staf dari jauh.

Kajian itu mendapati dengan menggunakan perisian pemantauan, majikan boleh melihat sejarah carian pekerja di laman web, mendapatkan tangkap layar skrin komputer, mengesan lokasi pekerja menerusi alat penjejak sistem kedudukan global (GPS) malah turut boleh merekod bunyi daripada peranti pekerja.

Menurut StandOut CV, 94 peratus majikan memantau aktiviti dan masa pekerja ketika bekerja menerusi laporan kendiri atau dalam bentuk pemantauan aktiviti terhadap tugas yang sedang disiapkan.

Sebagai tambahan kepada pemantauan masa dan aktiviti, 75 peratus majikan didapati mengambil tangkap layar daripada komputer pekerja.

StandOut CV menyimpulkan biarpun perisian pemantauan itu membantu majikan memantau dan meningkatkan produktiviti pekerja, terdapat juga kebimbangan berkenaan privasi dan kepercayaan majikan terhadap pekerjanya.

“Pandemik menjadikan ramai pekerja bekerja dari rumah dan syarikat memilih kaedah itu untuk mengurangkan kos.

“Namun, ia menyebabkan banyak majikan memantau tahap produktiviti pekerja dengan menggunakan perisian.

“Kami menyarankan pekerja untuk memeriksa buku panduan pekerja untuk maklumat mengenai polisi pemantauan syarikat bagi memahami apa yang dipantau majikan (ataupun tidak). Selain itu, berdasarkan hasil analisis, pekerja harus mengelak menggunakan peranti kerja untuk kegunaan peribadi dan sebaliknya,” kata Pengarah StandOut CV, Andrew Fennel. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI