PETALING JAYA – Sikap segelintir penyokong Indonesia yang meninggalkan komen jelik berhubung kemenangan pasukan beregu badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang berjaya ke pusingan separuh akhir tidak disenangi rakyat dari negara tersebut.
Hal ini dapat dilihat menerusi ruangan komen laman Instagram dua pemain badminton tersebut yang dipenuhi kata-kata negatif berbaur kecaman.
Terdahulu, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mara mengalahkan pilihan utama beregu nombor satu dunia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon dari Indonesia yang digelar Minions dalam perlawanan suku akhir pagi tadi.
Namun, ramai dalam kalangan rakyat Indonesia tidak bersetuju dengan tindakan tersebut dan memberi kata-kata perangsang kepada pasukan Malaysia.
“Ini ganda (regu) Malaysia benar-benar belajar dari pengalaman. Bayangkan sahaja tujuh kekalahan dalam perlawanan menang sekali langsung di Olimpik. Hormat,” ciap @pencarileak.
“Maaf banyak-banyak saudara serumpun. Sangat sedih dengan kelakuan seperti ini,” komen Vaiselv.
“Aku juga sedih walhal belum rezeki Minions. Masih ada waktu juga buat lebih baik lagi. Aku jadi malu lihat komen orang Indonesia di Instagram pemain Malaysia,” kata pemilik akaun bernama Asajajaa.
“Abaikan saja kak (abang). Selamat (tahniah) untuk kemenangannya. Semoga sampai ke peringkat akhir,” ucap kikikoo.
“Menurut saya kerana kita tetangga barangkali ya. Jadi kalau negara tetangga menang rasanya kurang suka. Tetapi tahniah untuk hari ini,” tulis Otherotters.
“Saya sebagai warga Indonesia memohon maaf sebesar-besarnya atas tindakan bodoh tersebut. Itu hanya dilakukan oknum (individu perseorangan) yang kurang berpendidikan,” komen korteks serebri. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929