fbpx

Masomah jadi simbol kekuatan impian seorang wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASOMAH mengakui kejayaan bukan menjadi matlamat utamanya tetapi impian sebenar dirinya adalah beraksi di Sukan Olimpik. - AFP

ATLET Pasukan Olimpik Pelarian, Masomah Ali Zada membuat penampilan sulungnya di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Wanita berasal daripada Afghanistan itu yang mengambil bahagian bagi acara basikal lebuh raya menamatkan saingan di tempat terakhir dalam acara ujian masa individu wanita, namun keputusan tidak langsung membuatkannya kecewa.

Atlet berusia 25 tahun itu menganggap bertanding di acara sukan paling berprestij itu sudah cukup untuk dianggap sebagai kejayaan buat dirinya yang sudah menempuh pelbagai liku dalam kehidupan.

Kisah hidupnya memberi inspirasi dan harapan kepada berjuta wanita serta pelarian seluruh dunia bahawa mereka juga mampu mengecapi impian mereka.

Masomah dilahrkan di Afghanistan di dalam sebuah keluarga di mana wanita tidak digalakkan untuk menunggang basikal.

Semasa pihak Taliban mengambil alih tampuk kepimpinan negara itu, keluarganya dibuang ke negara jiran iaitu Iran.

Bagaimanapun, mereka kembali ke Afghanistan menyaksikan, guru sukannya, kakaknya Zahra dan beberapa wanita lain mengejar impian dan minat mereka dalam acara lumba basikal.

Mereka diugut oleh komuniti di situ apabila mereka mula berbasikal secara kompetitif menyaksikan keluarga Masomah terpaksa berpindah ke Perancis pada tahun 2017.

Tidak lama selepas itu, Masomah menerima Biasiswa Atlet Pelarian daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sekali gus menjadi batu loncatan di dalam hidupnya untuk mencapai impian dan cita-citanya iaitu bertanding pada temasya sukan Olimpik.

“Saya hendak tunjukkan kepada dunia bahawa golongan wanita juga boleh lakukan apa sahaja yang mereka mahu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI