fbpx

Persidangan terhenti sebab ‘swab test’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Persidangan sesi petang sidang Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas hari keempat hari ini masih ditangguhkan.

Kebiasaannya persidangan sesi petang akan dimulakan tepat pada pukul 2.30 petang selepas waktu rehat selama satu jam setengah, namun hari ini persidangan masih lagi ditangguhkan.

Penangguhan tersebut didakwa berlaku setelah satu kenyataaan dikeluarkan pihak Istana Negara pagi tadi berhubung Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan pengumuman kerajaan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat kerana ia belum diperkenankan baginda.

Namun begitu, difahamkan ketika ini di Parlimen ketika ini sedang adakan ujian swab Covid-19 secara besar besaran termasuk petugas media dan Ahli Parlimen yang hadir.

Rata-rata orang ramai masih menunggu sambungan persidangan Dewan Rakyat hari ini dan mengharapkan agar semua Ahli Parlimen bersatu bagi mengeluarkan negara daripada masalah Covid-19. TA

“Cukup dulu kata sini salah sana salah, tolong la bersatu hati bawa keluar dulu masalah yang negara hadapi ketika ini, ramai rakyat terkesan dengan Covid-19,” jelas Zubaidi Yusoff.

“Jangan ada sidang media cakap dah cukup mejoriti pula hari ini, pihak kerajaan mahupun pembangkang sekarang perlu buat kerja bukan tahu nak tukar kerajaan sahaja,” jelas Kechik_Ganu. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI