fbpx

Dua pekerja cedera, seorang tertimbus perancah LRT 3 runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan runtuhan perancah pembinaan laluan LRT 3 di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi sebentar tadi.

KLANG – Dua pekerja warga asing cedera manakala seorang lagi masih tertimbus dalam runtuhan perancah pembinaan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) 3 runtuh dalam kejadian di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, kesemua mangsa adalah warga Bangladesh.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Pelabuhan Klang dan Shah Alam dikejarkan di lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 2.41 petang.

“Runtuhan melibatkan perencah besi struktur pembinaan laluan LRT 3 berhampiran sebuah hotel premier di Bukit Tinggi.

“Setakat ini dua mangsa warga bangladesh berjaya dikeluarkan manakala seorang lagi mangsa tertimbus,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI