fbpx

Didenda RM5,200 perdaya bank, lapor terima duit palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SELAYANG – Tindakan seorang penghantar barang yang memperdaya sebuah bank dan membuat laporan polis palsu berhubung ganti rugi penerimaan wang palsu daripada sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM), memakan diri apabila dia didenda oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman denda itu terhadap S. Sunjeevan, 26, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Bagi pertuduhan pertama mahkamah mengenakan hukuman denda RM4,000 manakala pertuduhan kedua, tertuduh didenda RM1,200.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu, dia boleh dipenjara Mahkamah yang turut memerintahkan tertuduh 11 bulan dan tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama, Sunjeevan dengan curangnya telah memperdaya seorang pegawai bank lelaki berusia 47 tahun bagi mendapatkan ganti rugi atas penerimaan wang palsu dari mesin ATM sebuah bank yang mana wang palsu itu tidak diterima dari mesin ATM di Maybank cawangan Sri Gombak, di sini, pada 12.47 tengahari pada 21 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Sementara pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa telah memberikan kepada seorang anggota polis, Konstabel Nuqba Harierie Abdul Latif suatu maklumat secara bertulis yang tertuduh mengetahui sebagai palsu dengan maksud menyebabkan Pegawai Penyiasat (IO) Sarjan M. Sanjaav Selan menggunakan kuasanya yang sah disisi undang-undang untuk melakukan siasatan yang mana pegawai polis itu sepatutnya tidak lakukan sekiranya keadaan yang sebenar dimaklumkan kepadanya.

Kesalahan itu dilakukan di Balai Polis Gombak di sini pukul 1.28 petang pada tarikh sama yang didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau dengan denda maksimum RM2,000 atau dengan kedua-duanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI