fbpx

Rezeki teruna, dua janda muda rela dimadukan serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akbar diapit dua pengantin perempuan iaitu Khusnul (kiri) dan Yun (kanan) ketika majlis akad nikah. - Tribunnews

JAKARTA – Seorang pemuda berusia 20 tahun dari Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat baru-baru ini menjadi tular kerana menikah dua wanita sekaligus.

Menurut laporan Suara.com, rupa-rupanya kedua-dua isteri lelaki bernama Korik Akbar itu ialah janda muda.

Menurut Korik, dia terlebih dahulu bercinta dengan Khusnul Hotimah, 20, sejak 2011 dan mula menjalin hubungan dengan Yun Nitanuri,21, pada 2016 selepas wanita itu bercerai.

Akbar yang baru berusia 20 tahun kini memiliki dua isteri yang merupakan kekasih gelap dan bekas kekasihnya. – Facebook

Apabila Khusnul menyedari Korik mempunyai kekasih gelap, dia bertindak berkahwin dengan calon pilihan ibu bapanya.

Baru-baru ini, apabila menyedari Korik bakal menikah Yun, Khusnul datang ke majlis perkahwinan lengkap berpakaian pengantin dan minta untuk dimadukan.

“Pengantin perempuan kedua dipercayai telah diceraikan selepas suaminya diambil orang. Lalu apabila mendengar mantan kekasihnya bakal berkahwin, dia datang dan minta untuk dinikahi juga.

“Saya hanya mampu menggeleng kepala dengan situasi ini, entah apa mahu jadi dengan masyarakat kita. Namun, pernikahan diteruskan kerana mendapat persetujuan daripada semua pihak,” kata Ketua Pejabat Pemberdayaan Wanita, Perlindungan Anak, Kawalan Penduduk dan Perancangan Keluarga (DP3AP2KB) Lombok Tengah, Mulyardi Yunus. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI