IPOH — Seramai 683,332 rakyat negeri Perak atau 36.69 peratus telah menerima suntikan vaksin dos pertama manakala 378,851 (20.34 peratus) lagi lengkap dua dos vaksin bagi mewujudkan komuniti selamat.
Angka tersebut yang direkodkan sehingga 26 Julai dengan jangkaan Perak mencapai sehingga 40 peratus vaksinasi pada Ogos ini.
Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, sekiranya berlaku kelewatan sekalipun nilai ambang itu diharap dapat dicapai selewatnya pada September.
Menurut beliau, ini kerana unjuran tersebut adalah tertakluk kepada bekalan vaksin yang akan diterima bagi Ogos dan September.
“Sehingga Isnin lalu, Perak telah menerima 1,191,789 dos vaksin membabitkan jenis Pfizer, Sinovac dan Astrazaneca.
“Bekalan vaksin yang dijadualkan diterima pada bulan Julai ialah sebanyak 688,760 dos vaksin,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Daripada jumlah tersebut sebanyak 438,191 dos vaksin telah diterima sejak 1 hingga 26 Julai lalu manakala baki 250,569 lagi dos vaksin dijangka diterima minggu ini.
Program Imuisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) !negeri Perak bermula 24 Februari lalu dengan mensasarkan 80 peratus daripada 1,862,600 penduduk berumur 18 tahun ke atas bagi mencapai imuniti kelompok. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929