fbpx

Warga emas dikhuatiri lemas ketika memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja pencarian lelaki warga emas tersebut di lokasi, pagi tadi.

TELUK INTAN – Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Perak ketika memancing di jeti Pokok Assam, Jalan Pasar Teluk Intan, di sini pagi tadi.

Identiti mangsa dikenal pasti sebagai Teoh Har Soon, 63.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.43 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan dikejarkan ke tempat kejadian.

“Mangsa dipercayai memancing seorang diri sebelum terjatuh dari bot.

“Operasi mencari dan menyelamat dilakukan dengan menggunakan teknik pencarian dasar (surface searching) di sekitar lokasi kejadian,” kata jurucakap tersebut. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI