LONDON – Sekumpulan saintis percaya peragawati terkenal, Bella Hadid adalah wanita paling cantik di dunia, lapor laman Lad Bible.com semalam.
Berdasarkan sistem Golden Ratio of Beauty Phi yang merupakan sistem ukuran kecantikan fizikal sejak zaman kuno Greece, Hadid, 24, memperoleh markah ‘ketepatan’ sebanyak 94.35 peratus.
Bahagian mata, kening, hidung, bibir, dagu dan rahang diukur dan wajah Hadid adalah yang paling hampir dengan definisi kesempurnaan Greece.
Penyanyi terkenal, Beyonce, 39, menduduki tangga kedua dengan markah 92.44 peratus manakala pelakon Hollywood, Amber Heard, 33, berada pada tangga ketiga dengan markah 91.85 peratus.
Penyanyi pop, Ariana Grande, 26, pula menduduki tangga keempat dengan markah 91.81 peratus.
Senarai itu disusun pada 2019 menggunakan sistem pemetaan oleh pakar bedah kosmetik Britain, Dr. Julian De Silva.
“Bella Hadid merupakan pemenang kategori wanita paling cantik apabila semua elemen pada wajahnya dinilai untuk kesempurnaan fizikal,” katanya. -Agensi