fbpx

Bapa Lan Solo meninggal dunia pagi tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAN SOLO memaklumkan bapanya meninggal dunia sekitar pukul 4 pagi tadi.

PETALING JAYA – Bapa kepada penyanyi Lan Solo menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping, Perak pada pukul 4 pagi tadi.

Berita duka itu dikongsikan sendiri bekas vokalis kumpulan Kristal itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya hari ini.

“Assalamualaikum. Ayah saya, Mohamed Yusof Isa atau Pak Tam telah menghadap Ilahi. Ayah saya menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 4 pagi tadi di Hospital Taiping.

“Mohon doa dan sedekahkan al-Fatihah untuk ayah saya. Sepanjang hari ini, kami akan sibuk untuk uruskan pengebumian jenazah. Semoga dipermudahkan segalanya,” tulis Lan.

Menerusi Instagram isterinya iaitu Sheila Hassim, wanita itu turut berkongsi sekeping gambar hitam putih menunjukkan Lan atau nama sebenarnya Mohd. Razlan Mohamed Yusof sedang berdiri di luar Wad Bunga Raya hospital tersebut.

“Akhirnya selesai sudah urusan dunia ayah mentua saya. Kami memilih mendahulukan urusan keluarga. Sudilah kiranya kalian sedekahkan al-Fatihah untuk beliau.

“Untuk semua kaum keluarga dan teman-teman rapat yang sangat memahami keadaan ketika ini. Terima kasih banyak-banyak. Hanya kalianlah pembangkit semangat buat kami ketika masa-masa begini.

“Sepanjang hari ini kami akan sedikit sibuk untuk urusan pengebumian. Insya-Allah mohon semuanya diberi kelancaran,” jelas isteri penyanyi itu.

Semalam, penyanyi berusia 36 tahun itu ketika dihubungi Kosmo! untuk mendapatkan respons tentang tindakan saman oleh rakan penyanyi, Siti Nordiana memaklumkan dia sedang dalam perjalanan pulang ke Taiping untuk melawat orang tuanya yang sedang sakit.

Ujar Lan, sudah beberapa hari dia berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Taiping untuk melawat bapanya yang sakit. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI