fbpx

Bursa Malaysia untung RM210.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bursa Malaysia Bhd. (Bursa Malaysia) mencatat keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM210.4 juta bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021 berbanding RM151 juta tempoh sama tahun sebelumnya.

Peningkatan dalam PAT disumbangkan daripada pendapatan operasi yang tumbuh 31 peratus kepada RM420.2 juta berbanding RM320.7 juta separuh pertama tahun 2020.

Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, pencapaian bursa yang menggalakkan ini adalah rekod prestasi separuh tahun tertinggi yang pertama di catat sejak disenaraikan pada tahun 2005.

Menurut beliau, pulangan ekuiti tahunan dan pendapatan sesaham tahunan masing-ma­sing adalah sebanyak 48 peratus dan 26 sen yang akan memboleh­kan pihak lembaga pengarah mengumumkan dividen awal sebanyak 24 sen sesaham.

“Seiring dengan rekod pres­tasi kewangan, Bursa Malaysia memperuntukkan RM3 juta untuk mendapatkan keperluan bagi membantu hospital mera­wat pesakit ekoran pandemik Covid-19.

“Ini merupakan tambahan kepada RM3.1 juta yang disumbangkan melalui Yayasan Bursa Malaysia kepada komuniti yang terjejas akibat wabak tersebut,” katanya dalam kenyataan.

 

Mengulas mengenai hala tuju Bursa Malaysia, Abdul Wahid optimis terhadap prestasi bursa yang akan kekal berkembang secara mapan.

“Ketidaktentuan dalam pasaran sekuriti seiring dengan kadar faedah yang kekal rendah dijangka terus menarik menjadi faktor penarik dalam pelaburan serta dagangan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift menjelaskan, pendapatan dagangan daripada pasaran sekuriti bagi separuh pertama tahun 2021, tumbuh sebanyak 41.4 peratus kepada RM266.1 juta berbanding RM188.2 juta tempoh sama tahun sebelumnya.

Peningkatan ini dipacu daripada Nilai Dagangan Harian Purata sebanyak RM4.4 bilion.

“Meskipun berdepan dengan persekitaran global yang tidak menentu ekoran pandemik Covid-19, aktiviti dagangan oleh pelabur runcit kekal kukuh dan menjadi antara penyumbang terbesar kepada pasaran sekuriti.

“Untuk meningkatkan kualiti aktiviti pasaran, kami akan meletakkan kepentingan pendidikan kewangan sebagai keutamaan bagi mengekalkan minat pasaran.

“Tambahan pula, pelbagai langkah dan insentif telah diperkenalkan untuk menyokong syarikat yang disenaraikan terus berdepan dengan cabaran dalam masa sukar kini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI