fbpx

Gambar tutup perut Neelofa pula cetus tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA perkongsian terbaharu Neelofa yang kesemuanya dilihat menutup bahagian perutnya, sama ada dengan beg dan atau sejadah.

SUDAH menjadi lumrah selebriti terkenal, apa sahaja yang dilakukan pasti akan menjadi tumpuan ramai dan seorang yang tidak terkecuali walaupun berdiam ialah Neelofa.

Manakan tidak, foto terbaharunya dalam Instagram sekali lagi mencetuskan spekulasi netizen yang mendakwa dia sedang berbadan dua. Maklumlah, selama ini dah dua kali keluar desas-desus kata Neelofa mungkin sedang hamil, namun langsung tak ada respons, baik tuan empunya diri mahupun suami tercinta.

Dalam foto tersebut, isteri kepada Haris Ismail itu dilihat cantik memakai busana berwarna merah dan menggayakan sebuah tas tangan mewah.

Secara dasar, foto tersebut biasa saja dan hanya bertujuan untuk mempromosikan tas tangan namun lain pula yang diteliti oleh netizen.

Menurut segelintir pengguna Instagram, Neelofa dilihat seperti ingin menutup bahagian perutnya dengan beg yang dipegang.

Dakwa netizen, gaya tersebut kerana ingin menutup dirinya yang sedang hamil.

Wah! Seperti ahli nujum ya netizen hari ini, lucu membaca semua komen.

Jika benar apa yang didakwa netizen, semoga baik-baik sahaja ya Neelofa.

Sehingga kini dia pun tidak membuat sebarang penafian tentang dakwaan tersebut.

MIZZ LAHAR: Ramai golongan selebriti yang semakin lantang mengutuk kerajaan dalam media sosial. Rasa-rasanya perkara itu bagus atau tidak?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI